Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Bersiap Sedia Hadapi Kegawatan Ekonomi


Hari ini berita kecoh lagi dengan penurunan harga minyak berterusan ke paras di bawah 60usd setong adalah yang terburuk disepanjang tempoh 5 tahun. Apakah krisis ekonomi akan berulang seperti yang berlaku pada tahun 2007? dimana ketika itu harganya menjunam dibawah 33usd setong. Aku masih ingat lagi syarikat tempat aku bekerja terpaksa mengambil langkah memberhentikan ramai pekerja. Lebih kurang 20% perkerja terpaksa diberi tawaran VSS (volunteer stop service). Itu yang dapat tawaran VSS kira beruntung dari yang tidak dapat apa-apa. Mereka terus dibuang dengan alasan majikan pekerja yang bermasalah. Apa-apa pun masa tu puncanya harga minyak pasaran dunia jatuh.

Video 7 Rentung Bas Kemalangan di Tapah



Angkara tayar bersepah di jalanraya melayang nyawa. Itu yang kerap kali aku lihat di mana serpihan-serpihan tayar celup lori terkopek bersepah-sepah di jalan raya dan kerap kali aku terpaksa mengelak. Sememangnya pengusaha kenderaan berat akan mengambil tayar celup atau tayar yang di

Furious 7




Continuing the global exploits in the unstoppable franchise built on speed, Vin Diesel, Paul Walker and Dwayne Johnson lead the returning cast of Fast & Furious 7. James Wan directs this chapter of the hugely successful series that also welcomes back favorites Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Elsa Pataky and Lucas Black. They are joined by international action stars new to the franchise including Jason Statham, Djimon Hounsou, Tony Jaa, Ronda Rousey and Kurt Russell. Neal H. Moritz, Vin Diesel and Michael Fottrell return to produce the film written by Chris Morgan.

Aston Villa dapatkan khidmat Carles Gil dari Valencia


London: Penyerang Sepanyol, Carles Gil sah menyertai Aston Villa dari Valencia selepas menandatangani kontrak empat tahun setengah dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain berusia 22 tahun yang menyertai skuad Bawah 21 Tahun Sepanyol itu sama ada akan bermain sebagai penyerang atau bahagian sayap.

Kehadiran Gil boleh membantu bahagian serangan Villa yang hanya menyumbat 11 gol dalam 21 perlawanan liga musim ini.

Villa tidak mendedahkan butiran yuran perpindahannya namun media Britain melaporkan Villa membayar kira-kira STG3.25 juta (AS$4.9 juta) untuk mendapatkan khidmatnya.


"Kami menemui pemain yang kreatif dan dia mampu memberi elemen tambahan kepada skuad kami," kata Pengurus Villa, Paul Lambert dalam laman web kelab itu.

"Dia hanya berusia 22 tahun dan dia datang ke sini untuk memberi sesuatu kepada kami yang kami tidak memilikinya ketika ini," katanya. - AFP

Kecewa tak kahwin lagi punca gadis terjun tasik



Shah Alam: Kelibat seorang gadis yang duduk termenung di Tasik Shah Alam, di sini, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lemas selepas terjun ke tasik berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa berusia 29 tahun dikatakan duduk berseorangan sebelum dilihat berlari ke arah jambatan sebelum terjun ke dalam tasik itu.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia baru keluar dari pejabatnya di kawasan berkenaan dan dalam perjalanan ke keretanya sebelum terserempak dengan gadis terbabit.

“Saya melihatnya termenung dan seperti gelisah sebelum berlari ke arah jambatan tidak jauh dari situ.

“Saya sempat menasihatinya supaya tidak duduk seperti itu kerana khuatir terjatuh, namun tidak sampai beberapa saat saya beredar dari lokasi kejadian saya melihat dia terjun ke tasik berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kejadian jam 3.43 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota BBP Shah Alam menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mangsa beberapa minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Ketika dijumpai mangsa tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang dipanggil ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Menurut Mohd Khairi, mangsa dikatakan terjun ke tasik berkenaan sebelum dilihat orang awam yang berada di lokasi dan menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.

“Hasil maklumat yang diterima daripada bapanya, mangsa dikatakan menghadapi kemurungan dan gangguan perasaan sejak beberapa bulan lalu kerana kecewa masih belum berkahwin.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa,” katanya.

2,067 premis di Selangor berpotensi jalankan kegiatan maksiat




SHAH ALAM: Sebanyak 2,067 premis di seluruh negeri ini dikenal pasti berpotensi untuk menjalankan kegiatan berunsurkan maksiat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata premis berkenaan membabitkan spa, rumah urut, kelab hiburan dan hotel kini dalam pemantauan pihaknya.

Beliau berkata, pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa akan ditingkatkan bagi memastikan pemilik premis berkenaan tidak menjalankan kegiatan sedemikian.

"Polis Selangor dalam usaha membanteras kegiatan berunsur maksiat dan Ops Noda Khas yang dijalankan sejak 18 November lalu sudah melaksanakan 2,969 serbuan.

"Kita mahu Selangor bebas daripada kegiatan berunsurkan maksiat terutamanya yang membabitkan wanita warga asing," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Selangor, di sini, sebentar tadi.

Top