Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


London: Penyerang Sepanyol, Carles Gil sah menyertai Aston Villa dari Valencia selepas menandatangani kontrak empat tahun setengah dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain berusia 22 tahun yang menyertai skuad Bawah 21 Tahun Sepanyol itu sama ada akan bermain sebagai penyerang atau bahagian sayap.

Kehadiran Gil boleh membantu bahagian serangan Villa yang hanya menyumbat 11 gol dalam 21 perlawanan liga musim ini.

Villa tidak mendedahkan butiran yuran perpindahannya namun media Britain melaporkan Villa membayar kira-kira STG3.25 juta (AS$4.9 juta) untuk mendapatkan khidmatnya.


"Kami menemui pemain yang kreatif dan dia mampu memberi elemen tambahan kepada skuad kami," kata Pengurus Villa, Paul Lambert dalam laman web kelab itu.

"Dia hanya berusia 22 tahun dan dia datang ke sini untuk memberi sesuatu kepada kami yang kami tidak memilikinya ketika ini," katanya. - AFP

About Anomoyus

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top