Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Shah Alam: Kelibat seorang gadis yang duduk termenung di Tasik Shah Alam, di sini, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lemas selepas terjun ke tasik berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa berusia 29 tahun dikatakan duduk berseorangan sebelum dilihat berlari ke arah jambatan sebelum terjun ke dalam tasik itu.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia baru keluar dari pejabatnya di kawasan berkenaan dan dalam perjalanan ke keretanya sebelum terserempak dengan gadis terbabit.

“Saya melihatnya termenung dan seperti gelisah sebelum berlari ke arah jambatan tidak jauh dari situ.

“Saya sempat menasihatinya supaya tidak duduk seperti itu kerana khuatir terjatuh, namun tidak sampai beberapa saat saya beredar dari lokasi kejadian saya melihat dia terjun ke tasik berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kejadian jam 3.43 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota BBP Shah Alam menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mangsa beberapa minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Ketika dijumpai mangsa tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang dipanggil ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Menurut Mohd Khairi, mangsa dikatakan terjun ke tasik berkenaan sebelum dilihat orang awam yang berada di lokasi dan menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.

“Hasil maklumat yang diterima daripada bapanya, mangsa dikatakan menghadapi kemurungan dan gangguan perasaan sejak beberapa bulan lalu kerana kecewa masih belum berkahwin.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa,” katanya.

About Anomoyus

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top